Rocket League Sideswipe Diumumkan Untuk iOS Dan Android

Psyonix telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan Rocket League untuk peranti pintar iOS dan Android, akan tetapi ia adalah versi berbeza iaitu Rocket League Sideswipe yang menyertakan cara permainan sedikit berbeza terutama kedudukan kamera.

Sideswipe masih mengekalkan konsep permainan “bola sepak” menggunakan kereta akan tetapi ia menggunakan perspektif kamera dari tepi seperti satu permainan side scroller. Berdasarkan apa yang diperlihat, ia akan memberikan sesi permainan yang lebih ringkas tetapi masih mencabar terutama untuk mengawal kereta yang akan berterbangan.

Ia akan menyertakan mod 1 lawan 1 ataupun 2 lawan 2 secara dalam talian. Psyonix juga mengatakan ia menyertakan mod permainan secara kasual ataupun kompetitif dengan leaderboard akan disertakan untuk pemain cuba menjadi pemain terbaik. Mereka akan mengeluarkan sekitar tahun ini dan versi percubaan akan tiba untuk pemain di New Zealand dan Australia terlebih dahulu.

Dengan ia turut diumumkan untuk iOS tampaknya Psyonix yang kini di bawah Epic Games tdak akan terlibat denngan pergaduhan di antara Epic Games dan Apple.

Sohor Kini