Skip to main content

Ubisoft mengumumkan yang pemain berpeluang untuk mencuba Watch Dogs: Legion secara percuma bermula pada 26 Mac sehingga 29 Mac 2021. Bagi memudahkan lagi, mereka juga membolehkan permainan dipasang sehari lebih awal iaitu bermula pada 25 Mac.

Melaluinya pemain boleh bermain secara penuh akan tetapi untuk penceritaan ia adalah terhad sehingga misi Skye Larsen sahaja. Manakala mod dalam talian, pemain boleh mencuba segala mod serta aktiviti yang boleh dilakukan.

Pemain boleh membawa kemajuan ke permainan penuh selepas membelinya di mana Ubisoft menawarkan potongan harga di semua platform seperti berikut;

  • Xbox: Bermula 23 Mac sehingga 15 April – 50% untuk edisi Standard and Ultimate.
  • PlayStation: Bermula 24 Mac sehingga 31 Mac – 55% untuk edisi Standard dan 40% untuk edisi Ultimate dan 20% untuk pas semusim.
  • Ubisoft Store: Bermula 18 Mac sehingga 19 April – 50% untuk edisi Standard, Gold & Ultimate dan 25% untuk pas semusim.
  • Epic Games Store: Bermula 25 Mac sehingga 8 April – 50% untuk edisi Standard, Gold & Ultimate dan 25% untuk pas semusim.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Leave a Reply