Youtube, IGN Sea dan MyGameOn telah mengumumkan Pesta Game 2021 iaitu acara ‘Hari Sukan’ secara maya pertama di Malaysia akan dianjurkan pada 27 dan 28 Mac 2021. Ia sepatutnya dianjurkan pada bulan Januari lepas tetapi terpaksa ditunda akibat permintaan oleh pihak kerajaan.

Seperti diumumkan sebelum ini, melaluinya pemain akan dibahagikan kepada beberapa buah ‘rumah sukan’ dan akan bertempur dengan rumah-rumah lain di dalam pelbagai permainan video yang berbeza, antaranya adalah Valorant, PUBG Mobile, FIFA 21 dan Gran Turismo Sport.

Pesta Game ini akan distrim secara langsung oleh beberapa channel Youtube Malaysia bersama dengan rangkaian Media Prima seperti Drama Sangat, NTV7, TV3 dan TV9.

Sohor Kini