Fantasian adalah permainan JRPG untuk Apple Arcade, ia dibangunkan oleh Mistwalker yang merupakan studio ditubuhkan oleh Hironobu Sakaguchi iaitu pencipta Final Fantasy selepas meninggalkan Square Enix pada tahun 2004. Hari ini, Apple mengumumkan yang ia akan dikeluarkan secara dua bahagian. Bahagian pertama akan tiba tidak lama lagi, dan bahagian kedua pada akhir tahun ini.

Selain itu, mereka juga berkongsi video belakang tabir untuk penghasilan runut bunyi bagi permainan ini yang menggunakan khidmat Nobuo Uematsu. Ia juga memperlihatkan serba sedikit bentuk permainan yang anda boleh tontonnya di bawah.

Selain itu, Apple Arcade juga akan menerima dua permainan Jumaat ini iaitu Hitchhiker iaitu permainan misteri oleh Versus Evil dan Farm It! permainan simulasi membina kebun oleh Tummy Games.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan hargam RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini