Puzzle Quest 3 Kini Dilancarkan Untuk Android Secara Akses Awal

505 Games hari ini telah melancarkan permainan Puzzle Quest 3 secara akses awal di Android. Ia adalah permainan tekaria padanan warna yang juga menyertakan elemen RPG dan boleh dimuat turun secara percuma. Mereka juga mengatakan versi iOS dan PC akan tiba tidak lama lagi.

Ia menyertakan pertempuran 1v1, dan pemain boleh menggunakan pelbagai watak seperti Paladin, Berserker, Shaman, Assassin, ataupun Necromancer. Ia juga menyertakan mod permainan PvP dan juga koperasi sehingga 4 pemain. Pemain boleh mendapatkan pengalaman untuk mempertingkatkan lagi tahap watak dan juga mendapat pelbagai jenis perisai dan android.

Puzzle Quest 3 diterbitkan oleh 505 Games selepas mereka mengambil alih studio pembangun iaitu Infinity Plus Two pada awal tahun ini. Jika berminat, anda boleh muat turun melalui Play Store ataupun pautan ini.

Sohor Kini