Disney akhirnya mengesahkan yang Black Widow akan mengikut strategi Mulan iaitu ia akan disiarkan di pawagam dan Disney secara serentak akan tetapi bagi pelanggan Disney+ ia masih lagi memerlukan pembayaran tambahan iaitu $29.99 (~RM123).

Black Widow selepas beberapa kali tertunda sebelum ini, akan tiba pada 9 Julai 2021 yang merupakan satu lagi penundaan kerana sebelum ini ia sepatutnya tiba pada 7 Mei 2021. Selain itu, Disney juga mengumumkan filem Cruella akan dikeluarkan menggunakan strategi yang sama, ia akan tiba pada 28 Mei 2021.

Pengumuman ini mungkin tidak memberi kesan kepada penonton di Malaysia kerana buat masa ini Disney+ masih tidak tiba secar rasmi oleh itu satu-satunya cara untuk tonton dua filem ini adalah melalui pawagam.

Sohor Kini