iQiyi iaitu salah satu platform penstriman kandungan hiburan di Malaysia telah berkongsi laporan bagi platform tersebut untuk tahun 2020 di kalangan pengguna di Malaysia. Antara yang dikongsi adalah, pengguna telah meluangkan 68 juta jam menonton kandungan dan kebanyakan pengguna menontonnya pada pukul 1 petang diikuti 3 petang dan 8 malam.

Berikut adalah kandungan popular mengikut genre;

  • Drama Tempatan: 7 Hari Mencintaiku 2
  • Drama Korea: Backstreet Rookie
  • Drama China: Love is Sweet
  • Filem Korea: Intruder
  • Filem China: Perfect Match: True Love
  • Anime: One Piece
  • Rancangan Aneka Ragam: Young With You 2

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang iQiyi adalah aplikasi OTT paling popular di App Store dan Play Store untuk bulan Ogos sehingga Disember 2020. Ia juga memperlihatkan penambahan pengguna sehingga 15 kali ganda pada bulan April sehingga Disember 2020.

Sumber: Amanz

Sohor Kini