Zack Snyder’s Justice League digelar sebagai suntingan Zack Snyder kerana ia adalah filem “sebenar” yang ingin dihasilkan oleh Zack Snyder sebelum terpaksa menarik diri daripada mengarah filem asal ini kerana masalah keluarga. Selain penceritaan, Snyder juga telah menghasilkan filem ini dengan nisbah 4:3 ataupun 1.33:1 yang menurutnya adalah nisbah terbaik untuk filem.
Tidak cukup dengan itu, Snyder juga telah mengumumkan yang versi hitam putih untuk filem ini juga akan tiba di HBO Max tidak lama lagi. Tiada pengesahan jika ia akan turut tiba di Malaysia melalui HBO Go Asia. Versi ini akan digelar sebagai Zack Snyder’s Justice League: Justice is Gray. Ia adalah filem yang sama tetapi dengan pengalaman berlainan.
Sebelum Zack Snyder’s Justice League dikeluarkan lagi, mereka telah berkongsi poster-poster filem ini dalam versi hitam putih. Adakah versi ini merupakan versi yang terdekat dengan apa yang diinginkan oleh Zack Snyder?