Skip to main content

Laman The Gamer melaporkan yang berdasarkan perkongsian oleh beberapa sumber, PlayStation akan menutup PS Store untuk PlayStation 3, PlayStation Vita dan juga PlayStation Portable (PSP) bermula Julai ini. Di mana PS3 dan PSP akan ditutup pada 2 Julai 2021, manakala PS Vita akan ditutup pada 27 Ogos 2021. PlayStation dijangka akan melakukan pengumuman rasmi pada akhir bulan ini.

Apabila ia ditutup, pemilik mana-mana konsol tersebut tidak lagi boleh membeli ataupun memuat turun mana-mana kandungan untuknya. Oleh itu, jika anda mempunyai permainan versi digital yang ingin disimpan di dalam konsol, anda harus melakukannya bermula sekarang. Ia tidak akan memberi kesan kepada permainan versi fizikal kecuali untuk DLC.

Perkara ini walaupun sangat mendukacitakan terutama bagi pemain yang banyak memiliki permainan digital akan tetapi ia adalah perkara yang biasa, PSP telah berumur 16 tahun, PS3 pula 15 tahun, manakala PS Vita walaupun baru memasuki tahun ke-9 akan tetapi ketiga-tiga konsol ini sudah tidak lagi dikeluarkan dan juga disokong oleh PlayStation.

Perkara beginilah yang menjadikan fungsi keserasian belakang sesuatu yang penting, pemain seharusnya dapat membawa perpustakaan permainan mereka walaupun sudah memasuki era konsol generasi baharu. Xbox telah melakukan kerja yang baik, PlayStation sudah bermula untuk PS4 dan PS5 manakala Nintendo masih lagi tidak menganggap ia perkara yang penting.

Leave a Reply