Beberapa pengguna Twitter telah berkongsi mengenai perubahan jenama Xbox Live di konsol Xbox mereka. Jika sebelum ini, jenama Xbox Live digunakan di beberapa tempat, tampaknya ia telah diubah kepada Xbox Network. Microsoft kemudiannya mengesahkan perkara ini kepada The Verge.
Namun, mereka mengatakan penjenamaan semula ini dilakukan agar mereka dapat mengasingkan Xbox Network iaitu perkhidmatan dalam talian untuk Xbox dengan langganan Xbox Live Gold iaitu langganan yang diperlukan untuk menggunakan beberapa fungsi Xbox Network seperti bermain permainan secara dalam talian.
Ini adalah seperti bagaimana PlayStation menggunakan PlayStation Network atau PSN sebagai perkhidmatan dalam talian dan PlayStation Plus untuk perkhidmatan langganan mereka.