Square Enix telah melancarkan permainan Marvel’s Avengers untuk PlayStation 5 dan Xbox Series bersama dengan watak baharu iaitu Clint Barton atapun Hawkeye menyertai Kate Bishop yang tiba pada tahun lepas. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang watak seterusnya adalah Black Panther yang akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Buat masa ini maklumat lanjut untuknya tidak dikongsi akan tetapi ia tampaknya akan memfokuskan kepada percubaan A.I.M untuk mendapatkan vibranium dari Wakanda. Dengan bantuan daripada Avengers, Black Panther akan menghalang usaha tersebut.

Bercakap mengenai watak Spider-man yang diumumkan secara eksklusif untuk PlayStation, mereka mengatakan yang ia akan tiba selepas Black Panther oleh itu sekitar akhir tahun ini. Marvel’s Avengers sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC ia juga boleh dinaik taraf secara percuma untuk PlayStaion 5 dan Xbox Series. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.

Sohor Kini