Bandai Namco telah mengumumkan watak baharu untuk Tekken 7 dan ia adalah watak yang akan membuat penampilan pertama di dalam siri tersebut iaitu Lidia Sobieska. Di dalam permainan ini, beliau merupakan Perdana Menteri Poland yang sangat patriotik. Bandai Namco juga telah memperlihatkan video pertempuran untuknya.
Lidia Sobieska menyertai kejohanan King of Iron Fist Tournament untuk mendesak Heihachi Mishima untuk menarik Tekken Force daripada Poland. Seperti diumumkan sebelum ini, Lidia menggunakan seni pertahanan diri Karate versi Poland.
Beliau akan tiba pada 23 Mac ini sebagai sebahagian daripada watak untuk musim ke-4 yang sebelum ini menerima watak Kunimitsu. Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.