Pada awal bulan ini, Ubisoft telah melancarkan Watch Dogs Legion Online untuk konsol akan tetapi mereka tunda pelancaran untuk PC akibat mempunyai pelbagai masalah pepijat. Minggu lepas, Ubisoft melalui kemaskini 3.22 telah memperbaiki masalah-masalah itu dan pemain di PC juga kini dapat mencuba mod dalam talian tersebut.
Melalui Watch Dogs Legion Online ini pemain dapat mengembara di bandar London bersama rakan, dan melakukan pelbagai aktiviti termasuk juga melakukan misi khusus untuk sesi permainan secara koperasi. Buat masa ini mereka tidak menyokong fungsi rentas platform, akan tetapi Ubisoft mengesahkan yang ia akan tiba pada kemaskini akan datang.
Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.