Ubisoft telah mengumumkan yang DLC penamabahan utama pertama untuk Assassin’s Creed Valhalla iaitu Wrath of the Druids akan tiba pada 29 April 2021. Selain itu, acara masa terhad Ostara Festival juga kini bermula sehingga 8 April 2021.
Acara ini akan berlangsung di kawasan Ravensthorpe dan pemain perlu sudah sampai di England dan melakukan salah satu daripada misi penceritaan utama. Berikut adalah antara akiviti yang akan dianjurkan;
Selain itu, Ubisoft juga membawa fungsi “Change Appearance” seperti yang disertakan di dalam Odyssey di mana pemain boleh mengubah rupa bentuk gear tanpa mengubah stat untuk gear tersebut. Setiap gear yang dijumpai akan rupanya boleh digunakan walaupun tidak lagi memiliki gear tersebut. Pemain juga boleh dapatkan kostum Altair dan Yule bersama dengan 300 opals secara percuma melalui Animus Store.
Bagi DLC Wrath of the Druids pula, pemain akan dibawa ke Ireland dan perlu merungkai misteri mengenai puak druidic. Ia akan membawa penceritaan berdasarkan mitos Gaelic. Ia boleh didapati secara berasingan dengan harga RM79 atau melalui pas semusim dengan harga RM125.
Assassin’s Creed Valhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.