Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan sahaja secara percuma iaitu The Fall yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 25 Mac. Anda boleh tebus-nya melalui pautan ini.
The Fall merupakan permainan aksi pengembaraan secara side-scroller, ia membawa penceritaan fiksyen sains dan juga mempunyai pelbagai tekaria yang perlu diselesaikan oleh pemain. Ia dibangunkan serta diterbitkan oleh Over the Moon.
Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menggantikan dengan satu permainan iaitu Creature in the Well yang akan ditawarkan bermula pada 26 Mac sehingga 1 April 2021.