Ketika acara Square Enix Presents, Square Enix telah mengumumkan judul akhir untuk Project Athia iaitu permainan untuk konsol generasi terkini oleh mereka dan Luminous Productions. Ia akan dikenali sebagai Forspoken dan mereka juga berkongsi video baharu yang berkongsi lanjut mengenai watak utama Frey Holland.
Frey Holland akan dilakonkan (tangkapan pergerakan dan suara) oleh Ella Balinska iaitu pelakon untuk filem Charlie’s Angels baharu. Di dalam video tersebut diperlihatkan juga Frey mendengar satu suara yang berkemungkinan merupakan AI. Dia perlu menggunakan kebolehan untuk mengembara di dunia Athia yang mempunyai pelbagai jenis raksasa dan cabaran.
Forspoken diumumkan akan tiba pada tahun 2022 untuk PlayStation 5 dan juga PC.