Ketika acara Square Enix Presents dan bersempena dengan ulang tahun ke-25 siri Tomb Raider, Square Enix telah hadir dengan koleksi Tomb Raider: Definitive Survivor Trilogy yang menyertakan versi Definitive untuk tiga permainan Tomb Raider iaitu Tomb Raider: Definitive Edition, Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration, dan Shadow of the Tomb Raider: Definitive Edition.
Koleksi ini boleh didapati bermula sekarang untuk PlayStation 4 dan Xbox One bermula hari ini, ia juga ditawarkan dengan harga $19.99 berbanding $49.99 sehingga 1 April. Semasa penulisan ini, PS Store di Malaysia masih tidak menyenaraikan koleksi ini. Ia juga buat masa ini tidak diumumkan untuk PC.
Square Enix juga telah menawarkan Lara Croft and the Guardian of Light dan Lara Croft and the Temple of Osiris secara percuma. Anda boleh baca laporan kami sebelum ini untuk mengetahui lanjut cara mendapatkannya.