Square Enix melalui acara digital mereka Square Enix Presents telah mengumumkan permainan terbaru untuk siri Life is Strange iaitu Life is Strange: True Colors. Berbanding pembangun biasa iaitu Dontnod, ia akan dibangunkan oleh Deck Nine Games iaitu pembangun untuk Life is Strange: Before the Storm.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal watak bernama Alex yang baru sahaja berjumpa dengan abangnya Gabe di sebuah perkampungan iaitu Haven. Pada awalnya, perkampungan tersebut nampak sangat mesra, tetapi selepas kematian Gabe, Alex dapati terdapat pelbagai rahsia di kampung tersebut dan dia cuba menyiasat mengenai kematian abangnya.

Seperti biasa untuk permainan Life is Strange, ia akan menyertakan kuasa dan Alex mempunyai kuasa dapat merasai emosi orang lain. Bahkan, dia juga dapat mengetahui sebab mengapa orang tersebut mempunyai emosi sedemikian. Namun, jika emosi seseorang itu terlalu kuat, ia akan memberi kesan kepada Alex dan dia tidak dapat mengawalnya.

Life is Strange: True Colors akan dikeluarkan pada 10 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStaiton 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Berbanding dikeluarkan secara episod, ia akan dikeluarkan secara penuh.

Sohor Kini