Skip to main content

Evolution Championship Series (EVO) merupakan satu kejohanan esukan yang sangat popular di kalangan pengikut permainan pertempuran. Sony Interactive Entertainment bersama dengan RTS telah mengumumkan mereka mengambil alih kejohanan tersebut dan akan menjadi sebahagian daripada keluarga pengeluar konsol PlayStation tersebut.

RTS merupakan organisasi baharu yang diketuai oleh Stuart Saw dan menerima pelaburan daripada industri hiburan, sukan dan juga penghasilan kandungan. Walaupun dengan pengambil-alihan ini, EVO mengatakan yang Tom dan Tony Cannon iaitu pengasas EVO akan terus terlibat sebagai penasihat. Mereka juga mengatakan yang, kejohanan EVO tidak akan terhad untuk permainan yang hadir di konsol PlayStation sahaja.

Kejohanan seterusnya EVO adalah EVO Online yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Ogos dan 13 hingga 15 Ogos secara dalam talian. Ia akan mempertandingkan permainan seperti Tekken 7, Street Fighter V, Mortal Kombat 11 dan Guilty Gear -Strive-. Maklumat lanjut akan dikongsi kemudian.

Leave a Reply