Skip to main content

EA dan Microsoft akhirnya melancarkan EA Play untuk Xbox Game Pass for PC selepas tertunda sebelum ini, untuk konsol ia sudah-pun tiba. Namun, di PC cara untuk menggunakannya sedikit rumit jika ingin dibandingkan dengan konsol.

Bagi pelanggam Xbox Game Pass for PC, mereka masih lagi perlu memuat turun aplikasi EA Desktop dan mempunyai akaun EA. Akaun tersebut perlu disambung dengan akaun Xbox Game Pass sebelum pemain dapat memuat turun permainan menggunakan EA Desktop. Di konsol, permainan EA Play dan Xbox Game Pass berada di tempat yang sama.

Melalui EA Play, pelanggan Xbox Game Pass for PC boleh bermain lebih 60 permianan EA seperti Star Wars Jedi: Fallen Order, FIFA 20, Titanfall 2, Need for Speed Heat, dan Star Wars Squadrons yang baru disertakan.

Leave a Reply