Skip to main content

Bethesda semalam berkongsi treler penuh untuk penambahan The Ancient Gods Part Two bagi Doom Eternal dan mereka juga mengumumkan yang ia dilancarkan pada hari. Ia merupakan sambungan kepada kandungan tambahan yang dikeluarkan pada akhir tahun lepas.

Di dalam bahagian kedua ini, Slayer bersama dengan tentera Sentinel telah menyerang kubu Dark Lord untuk menumpaskan-nya. Slayer juga akan dilengkapkan dengan senjata baharu iaitu Sentinel Hammer untuk memberi cara baharu membunuh iblis.

Penamabahan ini boleh didapati melalui Pas Tahun Pertama ataupun melalui pembelian Doom Eternal versi Deluxe, ia juga akan menyertakan The Ancient Gods Part One. Doom Eternal sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Leave a Reply