Private Division dan Obsidian Entertainment telah melancarkan DLC kedua dan juga terakhir untuk The Outer Worlds iaitu Murder on Eridanos pada minggu ini. Ia boleh didapati secara berasingan dengan harga RM45 atau dengan pembelian Pas Penambahan yang berharga RM75 tetapi semasa penulisan ini ditawarkan dengan harga promosi RM60.
Pas Penambahan turut menyertakan DLC sebelum ini iaitu Peril on Gorgon yang dikeluarkan pada tahun lepas. Anda boleh baca ulasan kami untuk The Outer Worlds dan juga DLC Peril on Gorgon melalui pautan ini. Ulasan untuk Murder on Eridanos, kami akan kongsi sekitar minggu hadapan.
Melalui DLC ini, pemain akan dibawa ke Eridanos iaitu kawasan baharu di dalam permainan ini dan perlu menyiasat mengenai pembunuhan Halcyon Helen iaitu seorang selebriti terkenal. Ia juga akan menyertakan senjata dan juga barangan kosmetik baharu.
The Outer Worlds sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.