Ubisoft telah mengumumkan yang Crimson Heist iaitu musim pertama untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Siege Tahun Ke-6 bermula hari ini. Melaluinya, ia akan menyertakan operator baharu aiitu Flores, peta Border yang diubah dan juga senjata baharu Gonne-6. Bagi Pemain yang ingin mencuba permainan ini termasuk juga penambahan terbaru, anda boleh lakukannya secara percuma bermula 18 Mac sehingga 25 Mac.
Seperti biasa, permulaan musim juga akan hadir bersama dengan Battle Pass baharu yang akan menyertakan 100 tahap dan menawarkan 131 ganjaran yang pemain boleh dapatkan sehingga 25 Mei 2021. Pembeli Premium Battle Pass buat pertama kalinya akan turut memperoleh operator baharu iaitu Flores dan boleh menggunakannya secara terus. Pemain lain boleh dapatkan operator tersebut menggunakan Renown atau R6 Credits bermula 30 Mac,
Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Jika berminat untuk mencubannya secara percuma anda boleh layari pautan ini rainbow6.com/freeweek, ia juga ditawarkan dengan potongan harga 70%.