Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan yang kemaskini untuk The Crew Musim 2 Episod 1 iaitu The Agency akan tiba bermula esok. Anda boleh tonton video pengumuman untuknya melalui treler kami sertakan di bawah.

Kandungan baharu ini akan memfokuskan kepada syarikat produksi iaitu Motorflix sedang membangunkan siri TV baharu dan pemain akan menjadi ejen rahsia untuk menyekat daripada penjahat, The Shadown. Ia akan menyertakan mod baharu iaitu Stunt yang memerlukan pemain untuk melakukan pelbagai aksi lasak sebelum mencapai garisan penamat.

Selain itu ia juga akan menyertakan pilihan kereta baharu termasuk buat pertama kalinya kereta berhud seperti Porsche 911 Speedster, BMW Z4 M40i bersama dengan Motorpass dan cabaran baharu yang boleh dilakukan oleh pemain. The Crew 2 sudah dilancarkan untuk PlayStaiton 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Leave a Reply