Pada minggu lepas, Microsoft telah mengumumkan sebilangan permainan Bethesda disertakan di dalam Xbox Game Pass. Minggu ini, mereka mengumumkan pelbagai permainan lain yang akan tiba di perkhidmatan langganan tersebut.
Antara permainan menarik yang akan tiba adalah Undertale yang kini ditawarkan, selain itu terdapat juga permainan JRPG Octopath Traveler dan permainan strategi Empire of Sin. Seperti diumumkan sebelum ini, Star Wars: Squadrons juga disertakan melalui EA Play.
Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada pertengahan dan akhir bulan ini;
- Undertale (Xbox, PC, xCloud) – Hari Ini
- Empire of Sin (Xbox, PC, xCloud) – 18 Mac
- Nier: Automata (PC) – 18 Mac
- Star Wars: Squadrons (Xbox) – 18 Mac
- Torchlight III (PC) – 18 Mac
- Genesis Noir (Xbox, PC) – 25 Mac
- Octopath Traveler (Xbox, PC) – 25 Mac
- Pillars of Eternity II: Deadfire – Ultimate Edition (PC) – 25 Mac
- Supraland (PC) – 25 Mac
- Yakuza 6: The Song of Life (Xbox, PC, xCloud) – 25 Mac
- Narita Boy (Xbox, PC, xCloud) – 30 Mac
- Outriders (Xbox, xCloud) – 1 April
Seperti biasa, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 31 Mac, ia adalah;
- Hyperdot
- Journey to the Savage Planet
- Machinarium
Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.
Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.