Jade Raymond merupakan veteran di dalam industri pembangunan permainan video, pencapaian utama beliau sudah semestinya menjadi penerbit untuk permainan Assassin’s Creed bersama dengan Ubisoft. Selepas meninggalkan Ubisoft, beliau menyertai EA dan yang terbaru Google sebagai Ketua untuk Stadia Games & Entertaiment.

Namun, selepas Google menukar keutamaan mereka iaitu memfokuskan permainan pihak ketiga berbanding menghasilkan permainan sendiri untuk Stadia, studio tersebut telah ditutup. Jade Raymond mengambil keputusan untuk meninggalkan Google selepas penutupan tersebut.

Minggu ini, beliau akhirnya mengumumkan projek seterusnya untuk dirinya iaitu Haven, studio pembangunan video baharu yang bertempat-kan di Montreal. Menurut Jade Raymond, melalui Haven beliau akan kembali bekerja dengan rakan-rakan pembangunan sebelum ini, tetapi dengan lebih kebebasan sebagai studio indie.

Menariknya, projek pertama untuk studio tersebut akan dibangunkan untuk konsol PlayStation selepas mendapat sokongan daripada Sony. Buat masa ini maklumat lanjut mengenai projek tersebut masih tidak dikongsi.

Sohor Kini