Epic Games telah mengumumkan secara rasmi Fortnite Musim Ke-6 yang digelar sebagai Primal dan membawa tema zaman pra-sejarah. Selepas kejadian pada pengakhiran musim ke-5, kesemua teknologi yang ada di pulau dimusnahkan. Apabila pemain membuka Fortnite buat pertama kali untuk musim ke-6 ini, pemain akan melalui mod permainan solo berkait dengannya pengakhiran tersebut dahulu.
Antara kostum yang akan tiba untuk musim ke-6 ini adalah Agent Jones, Lara Croft, Tarama, Raz, Cluck, Raven, Spire Assassin dan Neymar Jr. Bagi Neymar buat masa ini mereka tidak memperlihatkan rekaan akan tetapi ia berkemungkinan besar merujuk kepada pemain bola Neymar yang juga merupakan seorang strimer.
Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStaiton 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Manakala untuk peranti pintar ia tiba secara tidak rasmi di Android dan tidak langsung ditawarkan untuk iOS.