Skip to main content

Microsoft dan Square Enix mengumumkan yang permainan Outriders akan tiba untuk Xbox Game Pass bagi Xbox dan juga xCloud pada hari yang sama pelancaran iaitu pada 1 April 2021. Buat masa ini Xbox Game Pass untuk PC tampaknya tidak akan menerimanya walaupun Outriders turut dikeluarkan untuk PC.

Outriders merupakan permainan penembak RPG yang bertempat-kan di dalam dunia sains fiksyen. Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain secara solo ataupun multi-pemain dengan bertembung dengan pelbagai jenis musuh dan juga mencari pelbagai jenis kelengkapan menarik.

People Can Fly iaitu pembangun untuk Outriders sebelum ini telah mengumumakn yang terdapat 2 juta pemain yang telah mencuba demo permainan tersebut dan 9.5 juta jam masa bermain telah diluangkan di mana seorang pemain telah mencatat 254 jam masa bermain.

Leave a Reply