Skip to main content

Square Enix telah mengumumakn yang permainan mudah alih Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds akan dikeluarkan secara global sekitar tahun ini. Ia merupakan salah satu permainan daripada tiga yang diumumkan pada tahun lepas untuk siri Dragon Quest The Adventure of Dai. Sebelum ini ia hanya diumumkan untuk pasaran Jepun.

Di dalam permainan ini, pemain akan membentuk pasukan menggunakan tiga watak dan setiap watak akan menyerang mengikut ‘lorong’ ia berada. Pemain boleh mengubah kedudukan setiap watak termasuk juga meletakkan kesemua watak di satu lorong yang sama. Buat masa ini mereka tidak mengumumkan tarikh tetap, akan tetapi ia sudah boleh di pra-daftar melalui Play Store.

Dua lagi permainan yang diumumkan untuk Dragon Quest The Adventure of Dai adalah Dragon Quest: The Adventure Of Dai – Infinity Strach untuk konsol dan Dragon Quest: The Adventure of Dai – Xross Blade iaitu permainan arked khusus untuk pasaran Jepun.

Leave a Reply