PlayStation telah mengumumkan yang fungsi Communities yang boleh diakses melalui konsol PlayStation 4 akan ditutup bermula April ini.
Communities merupakan satu ruangan yang membolehkan pemain melihat perkongsian oleh pemain lain mengenai sesuatu permainan yang diikuti mereka. Pemain juga boleh berbincang secara dalam talian mengenainya.
Walau bagaimanapun, PlayStation mengatakan yang pemain masih lagi boleh berhubung melalui fungsi mesej di konsol dan juga aplikasi PlayStation untuk peranti pintar.
Perkara ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini sudah beberapa kali PlayStation mengacah yang fungsi ini akan dibuang seperti aplikasi khusus untuknya tidak lagi disokong.