Axle Motorsports telah mengumumkan yang kejohanan simulasi lumba kereta E1 Championship akan kembali untuk musim pertama (kejohanan kedua bagi siri ini) akan bermula pada 7 April 2021 sehingga 2 Jun 2021 yang akan menyertakan 8 pusingan keseluruhan. Kejohanan kali ini akan melibatkan 14 pasukan dan 28 pemandu.

11 pasukan serta 22 pemandu dari kejohanan tahun lepas termasuk juga juara keseluruhan iaitu Naquib Azlan akan kembali menyertainya. 3 slot lagi akan dibuka kepada mana-mana pasukan yang berminat di mana pendaftaran telah dibuka sehingga 24 Mac. Setiap pasukan mesti mempunyai 2 pemandu dan pembayaran penyertaan adalah RM12 ribu. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.

Egg Network juga mengumumkan yang mereka akan menjadi penyiar rasmi untuk kejohanan ini di mana anda boleh mengikutnya secara langsung bermula 7 April ini.

Sohor Kini