Skip to main content

Pada tahun lepas, Square Enix telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan versi penambah-baikkan untuk Saga Frontier iaitu permainan JRPG yang pertama kali dilancarkan pada tahun 1997. Hujung minggu lepas, mereka telah mengumumkan yang ia akan tiba pada 15 April 2021 untuk PlayStation 4, Switch, PC dan juga peranti pintar iOS serta Android.

Selain penambah-baikkan daripada segi grafik, ia juga akan menyertakan pelbagai adegan yang tidak disertakan di dalam permainan asal dan juga watak baharu iaitu Fuse yang akan mempunyai kisah penceritaan dirinya yang tersendiri.

Jika berminat, ia sudahpun boleh di pra-tempah di PS Store dan Steam dengan harga RM99 dan di Nintendo eShop dengan harga $24.99.

Leave a Reply