Pada tahun lepas, Odex Malaysia telah mengesahkan yang mereka akan membawa filem seterusnya untuk Detective Conan: The Scarlet Bullet ke pasaran Malaysia dan baru-baru ini GSC telah mengesahkan yang mereka akan menjadi pawagam eksklusif untuk filem tersebut. Ia akan ditayangkan di Jepun pada bulan depan iaitu setahun tertunda berbanding tarikh tayangan asal akibat pandemik Covid-19.

Buat masa ini, GSC tidak mengumumkan tarikh yang ia akan tiba tetapi mungkin selepas ditayangkan di Jepun. Namun, sebagai persediaan untuk filem ini, GSC juga akan tayang Detective Conan: The Scarlet Alibi yang merupakan kumpulan daripada siri anime Detective Conan yang memfokuskan kepada keluarga Akaki. Ia akan ditayangkan pada 18 Mac ini yang juga adalah eksklusif di GSC.

Filem The Scarlet Bullet diarahkan oleh Chika Nagaoka yang mengarah filem Detective Conan sebelum ini dan ditulis oleh Takeharu Sakurai. Filem mengisahkan penaja-penaja utama acara World Sports Games diculik. Ejen FBI Shuuichi Akai bersama-sama dengan Shuukichi Haneda dan adik perempuan beliau dan juga Masumi Sera (detektif persendirian) akan membantu Conan menyelesaikan misteri di-sebalik penculikan ini.

Sohor Kini