Skip to main content

THQ Nordic telah mengumumkan yang mereka menubuhkan satu studio baharu yang akan menggunakan nama Alkimia Interactive. Studio tersebut akan beribu pejabat di Barcelona, Sepanyol. Projek pertama untuknya adalah Gothic Remastered yang diumumkan oleh mereka pada bulan lepas.

Gothic merupakan permainan yang dibangunkan oleh Piranha Bytes dan dikeluarkan pada tahun 2001, pada tahun 2019, THQ Nordic telah mengambil-alih mereka termasuk juga IP Gothic. Dengan penubuhan studio baharu ini, tidak disahkan lagi jika Piranha Bytes akan terlibat ataupun mereka sedang membangunkan projek yang berbeza.

Sebagai sebuah studio baharu, mereka kini sedang mencari pekerja untuk pelbagai posisi, mereka juga membukanya untuk pembangun dari luar negara yang boleh bekerja dari rumah. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Alkimia Interactive.

Leave a Reply