Skip to main content

PUBG Mobile hari ini mengumumkan yang kemaskini 1.3 untuk permainan battle royale tersebut kini tiba untuk pemain dan ia adalah untuk menyambut ulang tahun ke-3 iaitu pada 21 Mac ini. Melaluinya, mereka akan menyertakan mod permainan baharu, senjata, kenderaan dan juga kandungan baharu untuk Metro Royale.

Mod permainan baharu yang disertakan adalah “Hundred Rhythms” yang akan berlau di peta Enrangel. Di dalam mod ini, sebelum bermula pemain boleh memilih satu daripada tiga pilihan gelang tangan yang akan memberikan kuasa berlainan. Setiapnya akan mempunyai satu kebolehan aktif dan boleh menerima dua kebolehan pasif dengan mencari kaset semasa bermain. Berikut adalah tiga pilihan gelang tangan yang hadir;

Gelang Tangan Guardian

  • Music Barrier (Aktif) – Membolehkan pemain untuk mengaktifkan pelindung yang akan mengurangkan kesan peluru.
  • Music Coversion (Pasif) – Berbanding menghasilkan pelindung, pemain boleh memberi tenaga kepada rakan sebagai ganti.
  • Pop Metal (Pasif) – Pemain di dalam pelindung akan mengisi semula peluru dengan lebih pantas.

Gelang Tangan Recon Knight

  • Sonic Scan (Aktif) – Pemain boleh membaling peranti pengimbas yang akan memperlihatkan pemain lawan yang berhampiran.
  • Encore (Pasif) – Menjatuhkan pemain yang telah diimbas akan menyembuhkan nyawa.
  • Sound Burst (Pasif – Tembakan terhadap pemain lawan yang diimbas akan melakukan tambahan serangan elektrik.

Gelang Tangan Survivor

  • Stealth (Aktif) – Pemain boleh mengaktifkan Ghillie Suit untuk masa singkat yang akan menyorok senjata dan juga beg.
  • Surveillance (Pasif) – UI tip akan dipaparkan di skrin jika terdapat pemain lawan di kawasan terdekat.
  • Breathing Easy (Pasif) – Nyawa akan ditambah jika tidak menerima serangan untuk sesuatu tempoh.

Selain itu, kemaskini 1.3 juga akan menyertakan senjata baharu iaitu Mosin-Nagant yang menggunakan peluru 7.62. Ia mempunyai kekuatan seperti Kar98k akan tetapi peluru ditembak dengan lebih laju dan juga kurang pengurangan damage. Ia boleh menjatuhkan pemain lawan yang tidak mempunyai perisai dengan satu tembakan dari jarak jauh. Ia akan tiba di Erangle dan Vikendi mengantikan beberapa Kar98k. Pemain juga kini boleh menggunakan Motor Glider untuk bergerak manakala Mod Metro Royale akan menerima bab baharu iaitu “Uncover”.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply