EA melalui label EA Originals mengumumkan yang mereka akan menerbitkan permainan pertama oleh Silver Rain Games iaitu studio yang ditubuhkan oleh Abubakar Salim iaitu pelakon suara untuk Bayek dari permainan Assassin’s Creed Odyssey dan juga pelakon di dalam siri HBO Raised by Wolves.

Silver Rain Games ditubuhkan pada akhir tahun 2019 oleh Salim dan juga Melissa Philips yang akan menjadi Ketua Studio, beliau sebelum ini terlibat dengan BAFTA Games. Buat masa ini mereka tidak mengumumkan judul dan juga maklumat lanjut mengenai permainan pertama mereka, akan tetapi Silver Rain Games sebelum ini mengatakan yang mereka ingin menghasilkan permainan yang inovatif dan dapat mencetuskan pemikiran. Studio tersebut kini mempunyai lebih 20 pekerja yang kesemuanya bekerja dari rumah.

EA Originals merupakan label oleh EA untuk menerbitkan permainan-permainan oleh studio indie, mereka sebelum ini menerbitkan permainan seperti Unravel, A Way Out, Fe dan It Takes Two.

Sohor Kini