Square Enix telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan acara “Direct” tersendiri iaitu Square Enix Presents dan buat julung kalinya akan disiarkan pada 19 Mac, 2 Pagi untuk waktu tempatan.

Mereka mengumumkan yang ia akan berlangsung sepanjang 40 minit dan berikut adalah antara permainan yang akan dikongsikan;

  • Permainan baharu Life is Strange
  • Outriders
  • Balan Wonderworld
  • Tomb Raider
  • Marvel’s Avengers
  • Permainan mudah alih Just Cause
  • Permainan mudah alih baharu oleh Square Enix Montreal
  • TAITO

Pengumuman menarik sudah semestinya permainan baharu untuk Life is Strange, manakala Tomb Raider berkemungkinan besar mereka akan mengumumkan koleksi trilogi untuk permainan tersebut yang sebelum ini sudah ter-tiris.

Anda boleh tonton Square Enix Presents ini di laman rasmi Square Enix, Youtube dan juga Twitch.

Sohor Kini