Seperti diumumkan sebelum ini, Activision akhirnya melancarkan Crash Bandicoot 4: It’s About Time untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga Nintendo Switch. Versi PC turut diumumkan, akan tetapi ia akan tiba kemudian pada tahun ini. Crash Bandicoot 4 sebelum ini sudah dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Bagi versi PS5 dan juga Xbox Series, permainan ini akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS, skrin pemuatan yang lebih pantas serta sokongan 3D audio. Bagi versi PS5, ia juga akan menyokong haptik feedback dan juga kad Aktiviti.

Pemilik permainan tersebut di PlayStation 4 dan Xbox One boleh dapatkan naik taraf secara percuma untuk ke konsol terkini kecuali pengguna PS4 di Jepun di mana mereka perlu membayar 100 yen (~RM3) untuk naik taraf ini. Fail simpanan juga boleh dipindahkan jika anda tidak ingin kehilangan kemajuan sebelum ini.

Crash Bandicoot 4: It’s About Time untuk PS4 dan PS5 boleh didapati dengan harga RM249, untuk Xbox One dan Xbox Series dengan harga $59.99, bagi Nintendo Switch dengan harga $39.99 dan PC boleh di pra-tempah melalui Battle.net dengna harga $39.99.

Sohor Kini