Garena hari ini mengumumkan yang acara kolaborasi Free Fire dan Attack on Titan kini bermula di dalam permainan battle royale mereka. Acara ini diumumkan pada bulan lepas, dan akan menyertakan pelbagai barangan kosmestik berdasarkan siri anime/manga tersebut dan juga mod permainan khusus.
Acara ini akan bermula sekarang sehingga awal April dan berikut adalah antara kandungan yang disertakan melaluinya adalah kostum Survey Corps ia mempunyai variasi untuk watak lelaki dan juga wanita, pemain juga boleh menjadi Titans melalui kostum untuknya yang menyertakan Attack Titan dan juga Armored Titan. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan hiasan bagi senjata P90 dan M1014.
Ia juga akan menyertakan perubahan rekaan seperti untuk airdrop, boxes dan kapal terbang. Terdapat juga pelbagai easter eggs untuk peminat siri Attack on Titan. Mod permainan khas juga akan tiba pada pengakhiran acara ini iaitu bermula pada 27 Mac ini, maklumat lanjut akan dikongsi-kan kemudian.
Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.