TGV hari ini mengumumkan yang mereka akan membawa filem animasi Violet Evergarden: The Movie pada akhir bulan ini. Pada 27 Mac ini ia adalah tayangan terhad untuk peminat, setiap tiket akan disertakan pelbagai barangan eksklusif. Buat masa ini harga tiket tidak diumumkan lagi.

Ia akan ditawarkan di TGV Sunway Velocity, TGV Toppen dan TGV Gurney, dan 28 Mac di 1 Utama. Tayangan umum adalah selepas 1 April dan lokasi akan diumumkan kemudian.

https://www.youtube.com/watch?v=uOvWB-I7fN8

Violet Evergarden: The Movie merupakan filem kedua bagi siri ini, yang juga mempunyai siri anime dan boleh ditonton di Netflix. Filem ini pertama kali dikeluarkan pada September tahun lepas di Jepun, ia telah ditayangkan di bebera negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Sohor Kini