Call of Duty: Warzone iaitu permainan battle royale percuma oleh Activision dikeluarkan pada 10 Mac tahun lepas, oleh itu mereka telah menyambut ulang tahun yang pertama pada minggu ini. Bersempena dengannya, Activision telah berkongsi laporan aktiviti untuk anda sepanjang setahun ini.
Cara untuk mendapatkan laporan aktiviti tersebut anda perlu membalas ciapan oleh Activision yang kami sertakan di akhir artikel dan nyatakan Gamertag anda. Mereka akan membalasnya dengan gambar yang memperlihatkan laporan aktiviti. Antara yang diperlihatkan adalah nisbah bunuh dan mati, jumlah jam bermain, jumlah kemenangan dan juga jumlah sesi permainan.
Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.