Blizzard telah mengeluarkan kemaskini untuk permainan menembak kompetitif mereka Overwatch, ia antaranya menyertakan penambahan untuk acara Pachimarchi Challenge. Selain daripada itu, mereka juga telah menyertakan penambah-baikkan serta pilihan grafik berbeza untuk versi Xbox Series. Melaluinya, ia menyertakan tiga pilihan grafik iaitu “Resolution”, “Balanced” dan “Framerate”.
Berikut adalah penerangan lanjut mengenai ketiga-tiga pilihan grafik;
- Resolution – Memfokuskan resolusi tinggi yang akan memberi kesan kepada kualiti gambar (Series X: 4K @ 60FPS, Series S: 1440p @ 60FPS).
- Balanced – Memfokuskan kualiti gambar dan memberi kesan kepada resolusi (Series X: 1440p @ 60FPS, Series S: 1080p @ 60FPS).
- Framerate – Memfokuskan kadar kelancaran lebih tinggi yang akan memberi kesan kepada kualiti imej dan resolusi (Series X: 1440p @ 120FPS, Series S: 1080p @ 120FPS).
Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC, Overwatch 2 juga sudah diumumkan sebelum ini akan tetapi ia masih dibangunkan dan akan tiba se-awalnya pada tahun hadapan.