Blizzard hari ini mengumumkan penganjuran acara Pachimarchi Challenge untuk Overwatch yang bermula pada hari ini sehingga 23 Mac 2021. Melaluinya pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmestik seperti emote, sprays dan juga kostum. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Berikut adalah cara untuk mendapat ganjaran-ganjaran tersebut;

  • Menang 3 Perlawanan – Ikon
  • Menang 6 Perlawanan – Emote Junkrat
  • Menang 10 Perlawanan – Kostum Epic: Roadhog Pachimari
  • Log Masuk – 6 Spray baharu

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini