Skip to main content

Pawagam secara rasminya kembali beroperasi pada hujung minggu lepas, dan GSC tampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat satu tawaran yang menarik. Hari ini mereka mengumumkan yang anda berpeluang untuk memenangi PlayStation 5 dengan sekadar menonton filem Monster Hunter yang mula ditayangkan bermula hari ini.

Berikut adalah tawaran hadiah yang disertakan;

  • Grand Prize (1 pemenang seminggu) – PlayStation 5, Jawblade Keychain, Collectible Coins, Notebook dan Tshirt
  • First Prize (4 pemenang seminggu) – Jawblade Keychain, Collectible Coins, Notebook dan Tshirt
  • Second Prize (5 pemenang seminggu) – Jawblade Keychain, Collectible Coins, dan Tshirt
  • Third Prize (15 pemenang seminggu) – Tshirt

Ia akan dianjurkan selama 2 minggu iaitu Minggu Pertama (10 Mac – 17 Mac) dan Minggu Kedua (18-24 Mac). Cara untuk menyertainya adalah anda hanya perlu membeli tiket dan mengisi borang yang disediakan di pautan ini. Setiap tiket mempunyai jumlah penyertaan yang berbeza seperti berikut;

  • 2D Biasa – 1 Penyertaan (setiap 1 tiket)
  • Dolby Atmos – 2 Penyertaan (setiap 1 tiket)
  • D-Box – 3 Penyertaan (setiap 1 tiket)
  • 4DX – 4 Penyertaan (setiap 1 tiket)
  • Aurum – 5 Penyertaan (setiap 1 tiket)

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini anda boleh layari laman rasmi GSC.

Leave a Reply