Ubisoft hari ini melancarkan Watch Dogs: Legion Online secara rasmi iaitu mod dalam talian untuk permainan terbaru bagi siri Watch Dogs. Ia buat masa ini hanya tiba untuk PlayStaiton 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series. Bagi PC, ia akan dikeluarkan kemudian kerana pelbagai masalah pepijat.
Berikut adalah antara yang disertakan melalui mod ini;
- Kebolehan untuk anda meneroka dunia Watch Dogs: Legiopn bersama dengan rakan sehingga 4 pemain untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama.
- Misi yang khusus untuk dilakukan secara koperasi.
- “Leader of the Pack” iaitu operasi yang akan memerlukan 4 pemain untuk berkerjasama bagi menyelesaikan pelbagai cabaran. Mod ini akan tiba pada 23 Mac kerana Ubisoft perlu menlesaikan beberapa masalah yang hadir di mod ini.
- Spiderbot Arena, mod PvP di mana empat pemain akan mengawal spiderbots yang bersenjata di dalam perlawanan deathmatch.
Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.