Skip to main content

Sony Animation hari ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem animasi K-Pop: Demon Hunters, yang memfokuskan kepada satu kumpulan k-pop mempunyai “pekerjaan” ataupun identiti lain sebagai pemburu iblis

Tambah mereka, penceritaan ini adalah untuk memberi perhargaan kepada pengarah filem ini iaitu Maggie Kang yang merupakan peminat tegar kumpulan-kumpulan K-Pop. Selain Maggie Kang, berikut adalah nama lain yang terlibat;

  • Pengarah: Maggie Kang, Producer: Aron Warner
  • Penerbit: Aron Warner
  • Pereka Produksi: Mingjue Helen Chen
  • Pengarah Seni: Ami Thompson

Maklumat lanjut mengenai filem ini, termasuk juga tarikh ia akan tiba tidak diumumkan lagi, sekurang-kurangnya mereka ada berkongsi karya awal untuknya.

Sumber: Kakuchopurei

Leave a Reply