Bandai Namco melalui perkongsian ketika Games Battle Hour telah mengumumkan yang watak DLC seterusnya untuk Dragon Ball FighterZ iaitu Gogeta SS4 akan tiba pada 10 Mac ini untuk pemilik FighterZ Pass 3 dan 12 Mac untuk pemain-pemain lain, anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Watak Gogeta sebelum ini sudah tiba tetapi untuk versi Super Saiyan God Super Saiyan (SSGSS), kali ini ia adalah untuk Super Saiyan 4. Ia akan menjadi watak terakhir yang diumumkan untuk FighterZ Pass 3 menyertai Kefla, Goku (Ultra Instinct), Master Roshi, dan Super Baby2.
Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Dragon Ball Z: Kakarot akan menerima DLC terakhir pada suku ketiga tahun ini, ia berjudul Trunks: The Warrior of Hope.
Dragon Ball FighterZ sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.