Among Us adalah permainan yang memerlukan perbincangan untuk mencari siapa impostor di kalangan krew, oleh kerana iaitu ia lebih baik jika dimainkan menggunakan perbualan suara akan tetapi tidak semua pemain mempunyai akses dan terpaksa menggunakan chat secara menaip, yang agak sukar terutama jika bermain di konsol ataupun peranti pintar.

Bagi menyelesaikan perkara tersebut dan juga mengurangkan perbualan yang bermasalah, Innersloth telah memperkenalkan fungsi Quick Chat, melaluinya ia akan menyertakan templat perbualan untuk pelbagai jenis situasi, contohnya jika pemain ingin menuduh seseorang, pemain boleh memilih daripada senarai nama pemain secara terus tanpa perlu taip.

Pemain boleh menghasilkan sesi permainan yang menggunakan fungsi Quick Chat sahaja ataupun turut membuka fungsi chat biasa. Bagi pemain bawah umur 13 tahun, mereka hanya boleh menggunakan Quick Chat sahaja untuk berhubung.

Among Us sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan peranti pintar iOS serta Android.

Sohor Kini