V1 Interactive merupakan studio yang diasaskan oleh bekas pengarah kreatif untuk Bungie dan pencipta bersama Halo, Marcus Lehto, permainan pertama yang dilancarkan oleh mereka adalah Disintegration yang dikeluarkan pada tahun lepas, melalui pengumuman baharu tampaknya ia akan menjadi satu-satunya permainan yang akan dilancarkan oleh mereka.

Melalui ciapan akaun rasmi studio tersebut, mereka mengumumkan yang studio tersebut secara rasminya ditutup dan mereka mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pekerja mereka sepanjang 5 tahun studio tersebut.

Disintegration dilancarkan dengan sokongan oleh Private Division sebagai penerbit. Ia pada awalnya menyertakan mod solo dan juga multi-pemain akan tetapi tidak lama selepas dilancarkan mod multi-pemain ditamatkan kerana tidak menerima jumlah pemain yang memberangsangkan.

Sohor Kini