Ubisoft minggu ini telah mengumumkan yang siri permainan The Division kini mempunyai 40 juta pemain unik, selain itu mereka juga mencatat jumlah pemain tertinggi pada bulan Mac 2020 iaitu semasa penambahan Warlords of New York dilancarkan.

Bagi kandungan baharu pula, menurut Ubisoft ia sedang dibangunkan. Di mana Adrian Trasca dan Yannick Banchereau akan terus kekal sebagai penerbit dan juga pengarah kreatif. Mereka menyasarkan untuk membawa satu mod baharu dan juga cara baharu untuk pemain mengembangkan lagi watak mereka. Oleh kerana ia masih di-peringkat awal pembangunan, paling awal ia dijangkakan akan tiba adalah pada akhir tahun ini.

Sementara menunggu untuk ia tiba, Ubisoft juga mengatakan yang mereka akan membawa semula kandungan-kandungan Tahun 2 sebelum ini, iaitu untuk musim ke-5 kelak, ia adalah ulang kembali untuk kandungan musim pertama. Ia akan berterusan sehinggalah kandungan baharu bersedia untuk dilancarkan.

The Division 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini